Thursday, May 5, 2011

Fakta mengenai HARI IBU ! *OMG ! DIICH baru tahu ! *

Salam uols..
haa ! xlame lg knon2nya smpi la HARI IBU yg korg nk sgt2 sambut 2 kn ?
*trmasuklah DIICH T.T*

tp korg prnah tau x ? or korg prnah bt research x psl hari ibu ni ?
mksd DIICH kt cni, pernah bc x asal usul cmne hari ibu itu boleh trjadi ?
haa..kt cni DIICH nk share.

actly DIICH try to copy n paste dari 1 blog ni..
tp mslhnye, tah cmne tah,blh nmpk sparuh isi je..
*DIICH pn xtau cmne nk xplen*
ni yg trpkse DIICH taip gk ni. hahaha
*gigeh x ? info utk sedara seislam ! wajib share ! *

well..DIICH mls nk taip. so DIICH bt point2 la ek ?
hope korg xjemu baca tulisan pnjg2 ni.
 HARI IBU...
    1. dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece,(untuk pengetahuan korang , mereka bukan dari kaum Islam)sebagai penghormatan terhadap Rhea (RHEA adalah ibu kepada tuhan mereka)
    2. pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday" -dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent (LENT adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac),dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary bagi yang tak tahu siapa Mother Mary, maka korang kena ambil tahu bahawa Mother Mary adalah Maryam,ibu kepada Nabi Isa Al-Masih atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
    3.   dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut ,menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. 
    4. amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Maka sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan ... penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja ...
    5. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. 
    6. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

      Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
       
    MAKA TAK PAYAH SIBUK NAK INGAT IBU KORANG HANYA SETAHUN SEKALI ... SEBALIKNYA ADA BAIKNYA KORANG DOAKAN AGAR IBU SENTIASA SIHAT ... DI BERKATI ... DI RAHMATI DAN DI AMPUNKAN SEGALA DOSA-2 DAN AGAR DAPAT DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG-2 YANG BERIMAN .... DALAM ERTI KATA LAIN .. INGATLAH IBU ANDA SETIAP MASA DAN SELAGI ANDA BERNAFAS ...
    p/s : DIICH copy paste dr 1 blog. so xsalah rsnye DIICH nk share kn ? credit to that blogger. :)
     

1 comments:

Babynur said...

KITA SEBAGAI UMAT ISLAM JUGA HARS TAHU KENAPE KITE SMBT HARI IBU... kita bukan sambut sebab ikut mrk.. kita smbut hari ibu hari2 dengan salam ibu kite sblm keluar rumah, doa kebahagiaan ibu kite hari2 lepas solat, dan pelbagai cara lagi... cumenye kita smbut ni sbb kebetulan sume dpt cuti n kite sume leh spend time bersame ibu kite sepenuhnya.... :)